Cara untuk membuat Sambal Garing mantap ala-ala Che Nor. Makan dengan bubur nasi pasti layan!

Cara untuk membuat Sambal Garing mantap ala-ala Che Nor. Makan dengan bubur nasi pasti layan! Resepi homemade ini adalah kepunyaan Puan Siti Zubaidah Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Cili kering yang pedas secukupnya.
  • Sedikit garam halus.
  • Ikan bilis secukupmya digoreng garing.
  • Bawang merah secukupnya digoreng garing.
  • Bawang putih secukupnya digoreng garing.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci dan toskan cili kering dan goreng dengan minyak. Jangan lama sebab cili kering ni cepat garing. Kemudian, blend kering dgn sedikit garam halus.
  2. Panaskan sedikit minyak antara 2 hingga 3 sudu makan dengan menggunakan api kecil.
  3. Masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Tunggu sejuk kemudian boleh disimpan dalam bekas.
  4. Siap, makan dengan bubur nasi pun sedap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Homemade Sushi dengan Mudah

Terima kasih atas perkongsian. Akak halalkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.