Resepi jemput-jemput sosej rangup diluar dan lembut didalam. Kesukaan anda seisi keluarga.

Jemput jemput adalah salah satu menu ringkas yang digemari seisi keluarga. Disebabkan anak anak ada yang jenis memilih makan. Jadi Shida kisarkan ikan bilis dan bawang. Bila anak nampak ada sosej laju je makan tanpa was was.

Jom tengok macamana boleh lembut walau dah sejuk. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Shida Ambok. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu tepung jagung.
  • 2 sudu tepung beras.
  • 1½ cawan air panas menggelegak.
  • ¼ cawan air biasa.
  • 1 biji telur.
  • 1 bijiBawang besar.
  • Ikan bilis.
  • ¼ sudu bikarbonat.
  • 5 batang Sosej.
  • 5 batang Filamen stick.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu teh secukup rasa.
  • Chili flakes.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jemput-jemput Roti yang Lembut dan sangat mudah disediakan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisarkan bawang besar dan ikan bilis dengan ¼ cawan air biasa. Masukkan sekali telur, bikarbonat, garam dan secukup rasa.
  2. Rendam sekejap sosej dan filamen dengan air panas. Potong kecil dan asingkan ketepi.
  3. Masukkan ke semua tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu mangkuk besar. Gaulkan rata.
  4. Setelah gaul rata. Masukkan air panas menggelegak dan kacau laju laju biar sebati.
  5. Setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk dan kacau sempurna.
  6. Setelah adunan sebati. Masukkan sosej, filamen dan chiliflakes. Gaul dan boleh la dijemput jemput kan untuk digoreng dalam kuali panas dengan api yang sederhana.
  7. Balik balikkan sehingga masak sekata.
  8. Siap. Sesuai dihidang dengan sos dan mayonis.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Gulai Kerutuk Daging

Mudah, cepat dan sedap. Tak sempat sejuk pon boleh habis licin. Silalah cuba jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.