Cara membuat Sambal Penyet Tomato Pedas yang menyelerakan

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli. Terima kasih. Kata beliau;

“Jarang saya buat sambal penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nak makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas-panas.”

Resepinya mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 7 biji tomato merah.
  • 5 tangkai cili merah besar.
  • 20 tangkai cili merah kecil.
  • 2 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit belacan.
  • Garam dan gula.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal / Kerabu Kacang Panjang Chiang Mai

Cara untuk memasak dan membuatnya:

  1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali. Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.
  2. Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.
  3. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.
  4. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal penyet macam cili boh.
  5. Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
  6. Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.

Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.