Kuih Telaga Emas ni memang kuih lagenda tau. Bagi yang pernah rasa pasti teringat akan kesedapannya!

Kuih Telaga Emas ni memang kuih lagenda tau. Bagi yang pernah rasa pasti teringat akan kesedapannya! Jom la kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Zura Zul untuk membuat  Kuih Telaga Emas ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat Kulit Hijau:

  • 250g tepung pulut.
  • 3 sudu makan tepung gandum.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 1 1/4 cawan air.
  • Sedikit perisa pandan.
  • Sedikit pewarna hijau.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuat Kulit Hijau:

  1. Satukan semua tepung diatas bersama garam dan sedikit perisa pandan. Gaulkan sebati.
  2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit dan jangan sampai habis ya. Ulikan adunan sehingga menjadi  doh yang tak melekat di tangan.
  3. Letakkan sedikit pewarna hijau dan buatkan adunan menjadi bulat kecil dalam anggaran 24g sebiji. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang bersaiz kecil yang telah disapu minyak masak terlebih dahulu. Bila dah siap ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pecal bersama kuahnya yang padu. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk Inti Kastard:

  • 1 cawan santan kotak.
  • 1 cawan air suam.
  • 1/2 cawan gula.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • 1/4 cawan tepung gandum.
  • 3 biji telur.
  • 1 penutup botol esen vanilla.
  • Sedikit pewarna kuning telur.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuat Inti Kastard:

  1. Satukan santan dan air suam kemudian campurkan sedikit esen vanilla dan gula. Kacau sehingga semua bahan ini melarut dan sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan juga tepung kastard, garam dan pewarna kuning telur. Sambung kacau lagi supaya semua bahan menjadi sebati dan mesra.
  3. Tapiskan adunan dan sudukan adunan yang telah siap ke dalam adunan di dalam acuan lompang yang telah ditekan tadi. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih.
  4. Kukuskan selama lebih kurang 10 hingga 12 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana besar.
Baca juga :  Resepi Ayam Buttermilk yang sedap dan menyelerakan

Dah siap. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.