Hari ni saya nak share resepi sambal belacan goreng. Boleh makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng , ayam goreng, ikan bakar atau ayam bakar dan lain-lain menu yang anda suka. Jom la kita cuba resepi sambal belacan goreng yang telah dikongsikan oleh Puan Ani zam ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 biji cili besar.
- 15 biji cili padi.
- 3 biji tomato.
- 3 biji bawang merah.
- Sedikit belacan.
- Garam dan gula secukupnya.
- 5 biji limau kasturi diperah dan diambil jusnya sahaja.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Gorengkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali jus limau kasturi dengan menggunakan sedikit minyak sehingga layu.
- Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut. Bila dah siap kisar, tumiskan sekejap sehingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali perahkan air limau kasturi dan kacau sebati. Kemudian tutup api dan dah siap.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.