Cara untuk membuat Ayam Goreng Pedas Korea

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Spicy korean chicken yang memang sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rizlyn Farah Diana. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Drummet/chicken wings.
  • Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu).
  • Blackpepper.
  • Serbuk cili.
  • Bawang putih (blender).
  • Cili kisar.
  • Lemon.
  • Madu.
  • Sos tomato.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, Masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu.
  2. Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu.
  3. Sangai bijan dalam kuali. Agak-agak dah perang ketepikan bijan tu.
  4. Untuk sos pulak, tumis bawang putih yang dikisar tadi bersama cili kisar. Agak-agak cili kisar dah garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak-agak la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy.
  5. Agak-agak sos dah gaul sebati, sos tadi boleh la masukkan bijan yang disangai tadi bersama ayam yang dah siap digoreng tadi. Gaul-gaul sampai melekat betul-betul sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab takde daun bawang kat rumah. Makan macam tu pon dah best dah. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Ayam Pedas Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.