Cara untuk membuat Pes Botok-botok Johor. Memang padu beb rasa botok-botok ni!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Seorang kawan cadangkan saya sharekan resepi Botok-botok Johor. Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5 hingga 6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau family kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya. Resepi ini adalah kepunyaan Dee Hakim. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk pes botok-botok:

  • Bawang merah besar 2 biji.
  • Bawang merah kecil 3 – 4 biji.
  • Bawang putih 5 – 6 ulas.
  • Lada kering kisar secukupnya.
  • Serai 2 batang.
  • Kunyit, Halia dan Lengkuas secukupnya.
  • Jintan manis 1 ½ sudu besar.
  • Jintan putih 1 ½ sudu besar.
  • Ketumbar 1½ sudu besar.

kisarkan bersama semua bahan-bahan diatas ini.

  • Rempah kari ikan.
  • Kerisik dan Santan.
  • Asam Jawa.

Bahan untuk Ulam-ulaman:

  • Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik dan lain-lain lagi ulam yang anda suka. Ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka. Sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan. Time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je.
  • Ulaman ni basuh bersih-bersih, kemudian korang guntingkan kecil-kecil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nyonya Kari Ayam Kapitan oleh Liza Idris. Rasa yang unik serta menambat selera anda!

Bahan-bahan utama:

  • Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol atau udang. Ikan tu ikut kesesuaian dan kegemaran anda ya.

Cara-cara untuk memasaknya dan menyediakannya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. Bila dah garing bhn kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
  2. Kemudian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. Ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me okay.
  3. Akhir sekali masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Seimbangkan rasanya dan dah siap pes kita.
  4. Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu. Agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor sudahlah.
  5. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu. Ratakan sikit-sikit dan letak la ikan/udang korang.
  6. Tutup ikan/udang dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
  7. Cara bungkus boleh ikut kegemaran anda jangan bocor je. Tapi sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat supaya tak terbuka.
  8. Ok, Kemudian boleh la pergi kukus sekarang, agak-agak la dalam 30 minit Insha Allah dah masak.
Baca juga :  Resepi Ringkas untuk Membuat Kepah Masak Masam Manis.

Korang kalau nak  makan lemban-lembab berjus, boleh makan masa betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas. Selamat mencuba ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.