Cara untuk membuat Cinnamon Rolls yang sedap dan enak! Menu minum petang yang terbaik untuk anda cuba.

Cinnamon rolls express untuk hi-tea lepas WFH. Lemak, manis, rangup. Cukup rasa dan sedap di tekak sendiri. Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Ramlah Wan Rahimi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 keping paratha.
  • 3 sudu butter.
  • 2 sudu nestum.
  • 2 sudu susu tepung.
  • 1 sudu cinnamon powder.
  • 1/2 cwn gula perang.

Cara-cara membuatnya:

  1. Gaul sebati butter, nestum, susu tepung, gula perang dan serbuk cinnamon.
  2. Susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah.
  3. Sapu campuran no.1 pada bahagian atas paratha nipis-nipis. Gulung perlahan-lahan dengan kemas. Potong 8 bahagian gulungan tadi.
  4. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris butter. Panaskan Air Fryer pada suhu 200 selama 5 minit.
  5. Kemudian, bakar cinnamon rolls pada suhu 200 darjah 10 minit. Sipa untuk dihidangkan.
Baca juga :  Anda sedang diet ada plan nak diet? Overnight Oats ini pasti menjadi kegemaran anda kelak!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.