Jom kita cuba Roti Pisang Rangup syahdu paling sedap untuk anda semua! Bahan-bahan mudah je nak dapat dan hanya guna Air Fryer sahaja. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Roti gardenia secukupnya.
- Pisang masak secukupnya.
- Majerin secukupnya.
- Kuning telor secukupnya.
- Gula perang. Kalau tak ada pun boleh guna gula putih tapi jangan tabur banyak.
- Cheddar cheese. Ni pun kalau tak ada pun tak apa. Tabur je gula tu.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Sapu majerin di atas roti.
- Kemudian, susun pisang mengikut kreativiti anda sendiri.
- Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur diatasnya.
- Seterusnya, taburkan cheddar cheese atau gula perang diatasnya.
- Akhir sekali, bakar dengan air fryer pada suhu 180°c selama lebih kurang 5 hingga 7 minit.
Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Zakaria.