Resepi Apam Pisang lembut dan penuh dengan rasa yang mengasyikkan. Setiap gigitan pasti berbaloi!

Resepi Apam Pisang lembut dan penuh dengan rasa yang mengasyikkan. Setiap gigitan pasti berbaloi! Alhamdulillah, menjadi sangat apam pisang ni. Bagi yang nak cuba boleh la buat ikut resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Zura Zul ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji pisang emas dilenyekkan dan jadikan 1 cawan.
  • *2 cawan tepung gandum.
  • *1 sudu kecil baking powder.
  • *1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • *Secubit garam.

Ayakkan kesemua bahan yang bertanda * bersama-sama.

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji telur gred B.
  • 3/4 cawan gula perang.
  • 1 cawan minyak masak/minyak jagung.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 2 titik cuka masakan – jika suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar hancur bahan blend kemudian tuang dalam mangkuk tepung.
  2. Masuk pisang yangg sudah dilenyek tadi dan gaul rata dan sebatikan.
  3. Perapkan adunan tadi selama lebih kurang 20 minit – 30 minit.
  4. Acuan kecil yang kita nak guan tu nanti sapu sedikit minyak ya.  Pastikan adunan apam yang diperap tadi jangan dikacau-kacau ya. Teruskan sudu dalam acuan (3/4 acuan).
  5. Kukus selama 15 minit – 20 minit dengan menggunakan api sederhana sahaja.
  6. Siap dan sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Anak-anak pasti memuji anda selepas merasai kesedapannya!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.