Cara untuk membuat Kuih Bom atau Kuih Bijan

Ramai yang buat kuih bom tak menjadi. Cubalah resipi ni. Saya izinkan share tak payah minta izin ya. Doh kena keras tau. Jangan lembik nanti kuih jadi tak cantik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Aishah Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kampit tepung pulut.
  • 2 sudu tepung gandum.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam halus.
  • 1 cawan air. Kalau Doh keras tambah lagi air.
  • 1 mangkuk bijan.
  • Minyak untuk mengoreng.
  • Guna inti kelapa atau inti kacang Hijau atau Kacang merah.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Kulit Karipap yang Rangup

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua tepung dalam bekas bersekali dengan gula, garam dan air kemudian uli sampai doh menjadi lembut.
  2. Leper-leperkan inti yang anda suka dan masukkan kedalam doh. Bulat-bulatkan doh yang diisi dengan inti tadi dan golekkan dekat bijan.
  3. Rehatkan doh selama 1 jam kemudian baru digoreng.

Tips untuk megelakkan kuih tidak meletup bila digoreng:

Panaskan minyak guna api yang perlahan terus masukkan kuih tu. Goreng sehingga kuih bom tadi timbul sendiri barula kuatkan api sedikit untuk menggaringkannya.

Baca juga :  Cara Membuat Brownies Cookies

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.