Cara untuk membuat Rendang Daging Asli Masyarakat Padang yang memang terangkat kesedapnya.

Salah satu menu rendang bila tibanya Hari Lebaran. Jadi kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Rendang Daging Padang Asli yang memang terangkat kesedapnya yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kilo daging lembu dipotong.
  • 1 batang serai diketuk.
  • 2 helai Daun salam.
  • 1 helai daun kunyit dipotong besar.
  • 6 helai daun limau purut.
  • 2 sudu besar kerisik (tambahan).
  • ½ cawan minyak masak.
  • Santan fresh 800 ml @ coconut milk 800 ml. Sebaik-baiknya mengunakan santan fresh.

Bahan-bahan kisar A:

  • 15-20 batang Cili kering direbus dahulu.
  • 12 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • Lengkuas sebesar ibu jari.
  • Halia sebesar ibu jari.
  • 2 cm Kunyit hidup (tambahan).
  • Buah keras 5 biji.

Bahan kisar untuk rempah:

  • 1 batang kayu manis.
  • 1 kuntum Bunga lawang.
  • 3 Biji buah pelaga.
  • 2 kuntum Bunga cengkih.
  • 1 sudu besar biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil jintan.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1 biji nutmeg@buah pal.

Sangai kesemua bahan rempah tanpa minyak 3 hingga 4 minit dan kisar sehingga halus tanpa mengunakan air. Kalau mahu lebih sedap, sangaikan kelapa parut 8 sudu besar sehingga kering dan berwarna coklat. Kisarkan sehingga halus dan masukkan semasa menumis Bahan (A) tengah masak. Jika mengunakan ini, tidak perlu guna kerisik lagi.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Pulut Kuning dengan mudah dan sedap. Digandingkan dengan rendang memang terbaiklah!

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar (A), daun kunyit, serai, daun limau purut dan daun salam. Mengunakan Api yang sederhana serta masak sehingga pekat dan mengeluarkan sedikit minyak.
  2. Kemudian, masukkan daging Lembu. Masakkan sehingga sedikit pucat (mase nih kena perlahankan api dan terus kacau supaya tidak hangus.
  3. Masukkan santan, lebihan rempah tadi dan kerisik. Gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga empuk sambil terus kacau dan balik-balikkan daging.
  4. Sebaiknya masakan rendang lebih lama dengan mengunakan api perlahan supaya minyak santan serta warna cili akan mengeluarkan warna minyak yang cantik.
  5. Apabila sudah kering, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa baru tutup api.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala Masak Rendang Pecah Telur. Boleh habis sekuali kalau dah mula makan!

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.