Resepi Kuah Mee Kari terlajak padu. Jom kita cuba pasti anda puas hati!

Dari pening memikirkan isu viral, apa kata kita layan Mee Kari terlajak syahdu ni. Hanya guna apa sahaja yang ada di dapur. Tak perlu beriya. Apa susah, kita buat dia. Bukan dia buat kita.  Resepi ini telah dikongsikan oleh Pua Liza Idris. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 batang serai.
  • 2 inci halia.
  • 1 sudu besar udang kering.

Kisar semua bahan hingga halus.

Bahan-bahan lain:

  • 5 sudu besar rempah kari daging.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • 3 tangkai daun kari.
  • Rempah 4 sekawan.
  • 2 biji kentang dipotong dadu.
  • 2 mangkuk air.
  • 1 1/2 kiub ayam.
  • 2 atau 3 asam keping.
  • 10 ekor udang.
  • Segenggam kerang.
  • 1 kotak santan.
  • 1 paket fish ball.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Tauhu goreng secukupnya.

Bahan untuk hiasan:

  • Mee kuning.
  • Telur rebus.
  • Sayur sawi yang direbus.
  • Taugeh.
  • Bawang goreng.
  • Limau kasturi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan 5 sudu besar rempah kari daging dan 2 sudu besar serbuk cili. Gaul rempah dan serbuk cili dengan sedikit air
  2. Panaskan minyak, tumis 3 tangkai daun kari dan rempah 4 sekawan. Biarkan mereka berkawan baik. Masuk rempah dalam periuk dan tumis sekejap.
  3. Masuk bahan kisar. Kacau sebati sampai menusuk hati. Eh, sampai pecah minyak! Dah elok pecah minyak, baru masuk segenggam isi ayam.
  4. Letak 2 biji kentang yang dipotong dadu. Kacau dan biarkan isi ayam masak. Masuk 2 mangkuk air dan reneh seketika.
  5. Letak 1 1/2 kiub ayam. Masa ni letak 2 atau 3 keping asam keping juga ye. Kacau dan kacau biar sampai mendidih.
  6. Letak udang anggaran 10 ekor dan Segengam kerang jangan dilupa dan masukkan sekotak santan dan biarkan ianya mendidih lagi.
  7. Letak 1 paket fish ball. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tak pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masuk tauhu goreng. Kacau dan kacau dan dah siap!
Baca juga :  Resipi Sotong Kukus Limau Mudah Dan Menggiurkan

Layan mee kari je la. Perut kenyang suka hati. Buat apa layan isu viral, perut lapar sakit hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.