Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar paling padu. Kali ni kita guna Ikan Siakap yang viral!

Ikan siakap bakaq ni kita boleh makan dalam anggaran 4 hingga 5 orang tau. Jangan risau ikan rakyat jelata je siakap kita ni. Lama tak bakar ikan siakap. Resepi pes ni resepi dari kedai ikan bakar yang saya kerja dulu-dulu. Jom la cuba. Pasti padu rasanya! Resepi ini adalah kepunyaan Puan Imah Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • *Cabai kering 10 tangkai atau mengikut kepedasan yang anda kehendaki.
  • *Serai 2 batang.
  • *Halia dan lengkuas sebesar ibu jari setiap satu.
  • *Bawang besar 2 biji dan bawang putih 5 ulas.
  • Santan secukupnya.
  • Gula/garam/perasa secukup rasa.
Baca juga :  Jom kita buat Ikan Bakar guna perencah buatan sendiri ini. Pasti puas hati!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Anda kisarkan ke semua bahan yang bertanda *.
  2. Kemudian masukkan santan dan masak sehingga adunan menjadi pekat sedikit.
  3. Masukkan perasa dan seimbangkan semua rasa mengikut selera anda.
  4. Gunakan pes tersebut dan lumurkan pada ikan yang anda suka kemudian bakar sehingga siap.

Kalau nak guna pada ayam pun boleh. Memang sedap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.