Resepi Ikan Bakar Asam Jawa paling padu. Konfem tak cukup seekor punya!

First time makan IKAN BAKAR ASSAM JAWA rasa macam tak cukup. Harga pun boleh tahan kalau makan kat kedai. Pejam mata bayangkan apa yang ada kat dalam sos tu. Jadi saya pun Try dan error. Maka inilah hasilnya, memang puas hati dan kalau buat kena buat lebih tau. Sebab memang tak cukup seekor punya. Jom cuba resepi oleh Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan cencaru/ ikan siakap dibelah belakang.
  • 5-6 sudu besar pes asam jawa.
  • 4 sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 3 sudu besar kicap manis.
  • 1 sudu besar kicap pekat.
  • 2 sudu besar tepung jagung (jgn campur air).
  • Sedikit garam.
  • Serbuk perasa.
  • Gula perang secukup rasa (biar seimbang rasa masam & manis).
Baca juga :  Mulakan menu anda pagi ini dengan Nasi Goreng Ikan Masin. Memang terangkat habis kesedapannya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ikan Cencaru/ siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam mangkuk. Gaul hingga rata.
  3. Rasakan masam-masam manis pes ni. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam.
  4. Kemudian sudukan pes ke dalam perut ikan secukupnya.
  5. Letakan sedikit minyak kedalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak.

Siap untuk dihidangkan. Pes ikan bakar ni mesti ada rasa masam-masam dan manis. Gula mesti lebih untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.