Cara untuk membuat Kuih Sekaya Telur. Resepi popular Pantai Timur untuk anda cuba dibulan Ramadhan ini!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Sekaya Telur. Resepi popular Pantai Timur untuk anda cuba dibulan Ramadhan ini! Bulan-bulan biasa susah nak dapat kecuali bulan puasa.

Jom la cuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Imah Rahman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji telur gred B atau C.
  • 1 kerek Nisang atau 1 ketul gula melaka.
  • 1/2 cawan gula.
  • 1 1/2 cawan santan pekat.
  • Secubit garam.
  • Sedikit esen vanilla.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan santan dengan gula dan nisang sehingga larut. Potong nisang kecil-kecil dan kisarkan.
  2. Masukkan telur, kacau sampai sebati. Jangan dipukul ya, kacau slow-slow je sampai sebati dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang.
  3. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi, kalau tak melekat tu tandanya dah masak.
  4. Simpan seketika di dalam peti ais kerana ianya sedap di makan ketika sejuk.
  5. Salah satu cara lagi. Panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan. Yang ni tak perlu guna esen vanilla. Tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan, secubit garam dan telur. Kacau slow-slow sahaja. Tapis dan kukus. Kemudian boleh sejukkan macam biasa.
Baca juga :  Resepi Apam Pisang lembut dan penuh dengan rasa yang mengasyikkan. Setiap gigitan pasti berbaloi!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.