Hidangan Kampung Tersohor. Jom Masak Lemak Tempoyak Petai Pucuk Ubi!

Saya ni, sebenarnya suka sangat masak lemak tempoyak peta pucuk ubi ni. Amboi panjang benar tajuknya.
Tapi, tak pernah cuba masak. Makan je pandai hahaha. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Efie Muhamad.

Hari ni, tiba-tiba rasa nak masak ni. Google resepi. Ok, bahan semua dah ada. Boleh on. Tapi konfius, pucuk ubi tu nak celur dulu ke tak haha. Sebab kat google ada yang celur ada yang tak. Celur dulu pun ok sebab nak bagi takde getah. Haaa ok so kita decide untuk celur dulu.

Baca juga :  Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Secekak pucuk ubi.
  • Tempoyak secukupnya.
  • 2 batang serai.
  • Cili padi.
  • Segenggam bilis.
  • Daun kunyit.
  • Sedikit kunyit.
  • Santan.
  • Segenggam petai.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Celurkan pucuk ubi kemudian ketepikan.
  2. Kisar tempoyak bersama cili padi, ikan bilis dan kunyit sehingga halus sebati.
  3. Kemudian, hiris halus pucuk ubi dan daun kunyit. Masukkan bahan kisar bersama serai yang diketuk dan santan ke dalam periuk. Biarkan ianya merenah seketika.
  4. Bila dah agak-agak mendidih, masukkan pucuk ubi dan daun kunyit. Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis. Perasakan dengan garam. Bila semua rasa dah seimbang boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sayur Masak Lemak Lada yang sedap lain daripada yang lain. Kena cuba tau!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.