Cara untuk membuat Nasi Bukhari Ayam. Mudah untuk disediakan dan sedap untuk anda seisi keluarga.

Cara untuk membuat Nasi Bukhari Ayam. Mudah untuk disediakan dan sedap untuk anda seisi keluarga. Tak ada rempah bukhari? Jangan risau kita buat sendiri rempahnya. Jom ke dapur! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek. Terima kasih.

Sediakan bahan-bahannya:

  • ½ ekor ayam di potong dan di goreng. Letak garam dan serbuk kunyit sikit je.
  • 5 Cawan Beras Basmathi Faiza.

Bahan tumis:

  • 3 Biji bawang besar (dimayang halus).
  • 10 ulas bawang putih (dimayang halus).
  • ½ inci halia (dimayang halus).
  • 2 sudu besar rempah kurma ayam.
  • 1 sudu kecil rempah kari.
  • ½ tin Tomato puree (250gm).
  • ½ cawan susu cair.
  • 150gm minyak sapi.
  • 1 kiub pati ayam.
  • garam secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ikan Sardin Tin Masak Kari yang enak. Pasti anda sekeluarga puas hati!

*Air mengikut sukatan beras. 1 cawan beras = 1 cawan air.

Langkahnya pula mudah je:

  1. Cuci beras dan toskan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi. Boleh rendam seketika untuk bagi beras panjang. Taknak pun takpa.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah kurma dan puri tomato. Gaulkan.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan garam kan. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker.
  4. Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit. Kemudian masukkan ayam yg telah di goreng tadi. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.
  5. Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yg telah digoreng. Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata untuk mengelakkan nasi hancur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Bawang. Wangi je ayam ni, garing pula tu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.