Kalau makan kat kedai mesti sedap kan? Tapi jangan risau ini rahsia mudah untuk buat Daging Masak Merah paling sedap!

Kalau pergi restoran Thai, masakannnya sume sedap-sedap kan. Aneka menu membuatkan air liur mengences.
Antara menu yang paling disukai ialah daging masak merah Thai ni. Makan dengan nasi panas, sup kosong dan telur mata, memang terangkat. Sekali tengok macam susah je nak masak sendiri kat umah. Senang je uolls. Jom As share resepinya. Hasilnya tak kalah dengan masakan kedai. Lebih jimat dan muai. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kilo daging lembu, saya campur tulang sikit.
  • 3 ulas bawang putih, ketuk.
  • 1 inci halia, ketuk.
  • 5-6 biji cili padi, ketuk.
  • 1/2 batang karot, hiris nipis serong.
  • 1 batang cili merah, hiris tipis.
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging.
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat.
  • 3 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar sos tomato.
  • 3 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar sos ikan.
  • 3-4 helai daun limau purut, buang tulang tengahnya.
Baca juga :  Resepi Satay Goreng. Tak perlu guna lidi untuk cucuk dah! Memang sedap.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong daging kepada 2 ketulan besar. As campur dgn sedikit tulang. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging.
  2. Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing. Ketepikan. Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, cili merah dan cili ketuk sehingga kekuningan. Gaulkan dengan daging yang diketepikan tadi. Kacau-kacau sekejap.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram.
  4. Masukkan hirisan karot, cili padi dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
  5. Akhir sekali masikkan daun limau purut yang dicarik-carikkan. Siap!

Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Masak Hitam dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja! Padu dan terlajak sedap tau.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.