Cara untuk membuat Mee Goreng Basah paling sedap beserta Tips untuk menaikkan keenakan mee goreng kita!

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Mee Goreng Basah paling sedap beserta Tips untuk menaikkan keenakan mee goreng kita! Resepi dan tips ini telah dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail. Kaksue belajar dengan mak mertua dan biras kaksue yang memang niaga sebelum ni. Ada yang kaksue ubahsuai sedikit untuk kesesuaian bahan yang ada di dapur. Namun jangan risau. Anda pasti berpuas hati dengan kesedapanya. Selamat mencuba.

Tips untuk bagi Mee goreng kita bertambah sedap:

  • Guna sos sos mencukupi, Jangan kedekut bahan.
  • Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap giler.
  • Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar-kasar.
  • Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa mee goreng basah kita tu nanti.
Baca juga :  Cara sedap untuk membuat Kek Coklat Cip Kukus. Anak-anak pasti suka!

Bahan-bahan untuk membuat Mee Goreng Basah:

  • 1 peket mee kuning.
  • Minyak untuk menumis.
  • 8 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji bawang holland.
  • 2 sudu makan cili kering kisar.

Bahan-bahan Lauk: Jumlah ikut citarasa anda.

  • Ayam cincang, udang atau daging.
  • Telur ayam.
  • Sayur sawi dan tomato.

Bahan untuk Sos dan Perasa:

  • 5 sudu makan sos cili dan 1 sudu makan sos tomato.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 1 sudu makan kicap manis dan 2 sudu makan kicap pekat.
  • 1 sudu makan sos ikan.
  • 1/2 sudu teh garam halus.
  • 1 sudu makan gula atau secukup rasa.
  • 1/2 sudu teh ajinomoto jika suka.
  • 1/2 cawan air.

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih. Masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Tumiskan seketika.
  2. Masukkan lauk pauk yang anda pilih dan suka kemudian tumis lagi seketika. Letakkan sedikit air dan semua sos diatas. Gaul dan masak hingga sebati. Kalau guna udang, nak masukkan udang kemudian pun tak apa sebab udang cepat masak.
  3. Kemudian pecahkan telur ayam dan masukkan mee kuning anda. Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.
  4. Akhir sekali masukkan sayur pilihan dan masak seketika sebelum anda tutup api. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Goreng Mamak. Padu dan pasti laku keras.

Selamat menjamu selera semua. Jangan lupa share kepada yang lain ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.