Cara untuk membuat Sambal Paru Goreng Nasi Lemak. Resepi pasti sedap dan laku keras!

Sambal Paru ni kalau makan dengan Nasi Lemak, sedap kan? Member bagitahu makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap juga, silap haribulan bertambah 2 pinggan. Kali ini, saya buat sambal paru, tapi paru tu saya goreng dalam air fryer. Jimat sikit minyak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liyana Hasan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 700 gm Paru Lembu, siap dihiris.
  • 2 biji Bawang merah.
  • 5 ulas Bawang putih.
  • 1 cm Halia.
  • 1 batang serai, diketuk.
  • 1 genggam Cili Kering, rebus dulu bagi lembut.
  • ½ Gula Melaka / Nise, dipotong kecil-kecil.
  • 3 sudu besar Asam Jawa, bancuh dengan sedikit air.
  • Minyak masak, – Garam dan Perasa Cukup rasa, secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus dulu Paru ni sampai lembut dan tak liat (dalam 20-30 minit) . Lepas tu barulah angkat dan toskan. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam air fryer, jarakkan sedikit je. Jangan pula sampai 1 meter. Guna suhu 180°c, selama 5 – 6 minit. Tak garing, tambah lagi masa.
  3. Cili Kering tu rebus dulu bagi lembut, dan blend. Blend Bawang merah, bawang putih, Halia. Serai tu ketuk dulu dan Gula melaka/ Nise, potong kecil-kecil.
  4. Masukkan minyak, masukkan serai dan cili blend tu dulu. Tumis sampai agak garing. Letak gula melaka. Kacau jangan bagi hangit. Pastu masukkan Bahan blend lain, tumis sampai pecah minyak. Masukkan bancuhan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Bila bahan tumis agak kering, masukkan perasa secukupnya. Garam dan Perencah Cukup Rasa Maggi. Barulah empphh gitu, cukup rasa!
  6. Masukkan paru yang siap di goreng. Gaul rata. Hiris la sedikit bawang, cili merah, cili hijau sebagai hiasan. Meriah sikit nampak. Dah siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat sendiri Mee Kuning

Dari kuali terus ke meja, ape ade hal. Selamat mencuba yer! Korang Jangan lupa #Share tau. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.