Cara untuk membuat Daging Masak Kari Rebung Madu. Sesuai untuk makan tengahari dan malam anda.

Hai. Selamat sejahtera semua. Menu makan kami arini adalah Daging masak kari campur rebung madu. Menu ni memang kesukaan saya selamanya. Terima kasih Puan Suisan Aliezsha MAHN.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging batang pinang mengikut keperluan.
  • Cili kering dan kunyit hidup secukupnya dan dikisar.
  • Bawang merah, bawang putih dan halia diracik halus secukupnya.
  • Daun kari dan penumis.
  • Rempah Daging Babas. Disatukan dengan cili kering yang siap dikisar.
  • 2 biji kelapa parut dan bergantung banyak mana daging yang dimasak.
  • Rebung madu secukupnya dipotong kecil.
  • Asam keping dan sedikit gula merah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sup Siam yang sangat sedap. Rugi kalau anda tak rasa sendiri.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan penumis, hirisan bawang dan daun kari. Tumiskan sehingga bertukar warna kepada kekuningan.
  2. Kemudian masukkan pula rempah kari yang telah disatukan dengan cili kering. Masak sehingga naik minyak.
  3. Seterusnya, masukkan daging batang pinang tadi dan masak seketika sehingga daging menjadi empuk.
  4. Bila daging dah empuk, masukkan terusĀ  rebung dan santan kemudian kacau hingga sebati.
  5. renehkan sehingga mendidih dan akhir sekali baru masukkan asam keping dan gula merah. Pastikan garam secukup rasa..
  6. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kari Udang bersama bendi. Padu, power dan terpaling sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.