Cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng masak sambal Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda!


Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng Cabai Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam (9 ketul).
  • Cili hijau 4 batang.
  • Cili padi hijau 12 batang.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Bawang putih 5 ulas.
  • Tomato 1 biji(dibelah 4).
  • Daun limau purut.
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu. Setelah itu kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan daun limau purut. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan serbuk belacan dan serbuk perasa dan gaulkan.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan kesemuanya sehingga rata dan sebati.
  6. Angkat dan siap untuk dihidangkan sebagai menu utama anda.
Baca juga :  Jom cuba menu Ayam Bakar Rosemary hanya guna Air Fryer sahaja!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.