Resepi Bubur Ayam Ala-ala Mekdi. Lembut dan cukup segala rasa!

Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Bubur Ayam yang sedap Ala-ala Mekdi. Selamat mencuba ya.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana sumber asal resepi ini kami tidak berjaya temui didalam facebook. Jika anda adalah pemilik asal resepi ini, mohon untuk PM kami bagi memasukkan kredit asal kepada anda. 

Berikut adalah bahan-bahannya:

  • Ayam.
  • Beras / Nasi dan Hirisan halia.
  • Lada putih, 1/2 kiub pati ayam.
  • Carrot (jika suka) dan Minyak Bijan.
  • Daun bawang / daun sup dan Bawang goreng.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast. Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.
  2. Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Tak ak membazir kan. Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.
  3. Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.
  4. Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap. Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.
  5. Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu. Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.
  6. Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi. Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.
  7. Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih. Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.
  8. Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing. Kemudian tunggu menggelegak.
  9. Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
  10. Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.
Baca juga :  Cara untuk membuat bersama video Ikan terutamanya Ikan Merah dimasak Kengsom. Padu dah terbaik untuk santapan anda.

Haa beginilah hasilnya. Insya Allah sedap. Walaupun kita buat bubur ni untuk orang sakit, selalunya mesti akan ada yang nak tumpang makan sekali. Jadi dinasihatkan masaklah lebih sikit ya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.