Resepi Brownies Kedut yang padu. Rangup di luar, cair di dalam. Cubalah!

Teringin sangat nak makan brownies tapi takut buat tak menjadi kang menyesal dua hari. Hehe. Cheyah dulu begitu juga. Tapi bila try resepi ni cheyah yakin menjadi dengan jayanya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 450 g dark coklat compound.
  • 100 g tepung naik sendiri.
  • 130 g butter.
  • 180 g gula perang.
  • 3 biji telur.
  • Sedikit esen vanila.

Cara penyediaannya:

  1. Double boilingkan dark coklat dan butter sehingga cair.
  2. Kacaukan telur, esen vanila dan gula perang. Tak payah bagi kembang. Kacau manja sekadar gula hancur je.
  3. Masukkan coklat yang cair tadi. Masuk je panas-panas itu yang buat berkedut cantik.
  4. Kacau sehingga ia sebati. Masukkan tepung tadi. Kacau lagi bagi tepung pun sebati. Masukkan dalam loyang. Cheyah guna loyang saiz 9×9.
  5. Panaskan oven 150°c selama 10 minit. Dah boleh masukkan brownies. Bakar selama satu jam dengan api atas bawah.. Bergantung pada oven masing2. Nanti chek la ia dah masuk belum.
  6. Dah siap! Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bingka Roti Kukus. Insha Allah Sedap dan berbaloi untuk dicuba.

Nota kaki:Pastikan lapik dengan baking paper sebab nanti tak biasa susah nak keluarkan dari loyang. Guna baking paper lebihkan sikit senang nak angkat. Kedut pun cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.