Cara untuk membuat Aiskrim Durian yang rasanya lemak berkrim! Kena cuba tau sebab senang nak buat aiskrim ni.

Musim durian nih. Buatlah aiskrim durian sendiri. Letak durian banyak-banyak sikit. Biar pure rasa durian dia. Memang sedap teramat sedap. Sejuk je lalu tekak, Makan dengan roti pun sedap. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Uwan Nolly Epin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin susu pekat.
  • 1 sudu besar ovelett.
  • Durian secukupnya. Anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas kalau durian kecil 10 ulas.
  • Pewarna kuning telur secukupnya jika suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan durian bersama susu cair, susu pekat dan ovelett pakai blender.
  2. Bila dah sebati. Masukkan pula kedalam mixer dan mixkan lebih kurang 20 hingga 30 minit atau sehingga gebu.
  3. Kemudian, letak dalam bekas dan simpan dalam frezer. Bila dah keras, bolehlah dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Asli Masyarakat Padang yang memang terangkat kesedapnya.

Memang sedap sangat weh. Pure rasa duriannya. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.