Cara untuk membuat Kuah Rojak. Petang nanti bolehlah anda semua makan rojak buah.

Cara untuk membuat Kuah Rojak. Petang nanti bolehlah anda semua makan rojak buah. Pasti seronok bila makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuah rojak:

  • Cili kering 20 tangkai dan dikisar halus.
  • 1 cawan Kicap pekat manis.
  • 1 cawan Gula merah.
  • 1/2 cawan Gula pasir.
  • 3 inci Belacan.
  • 2 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama sedikit air.

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan Cili kering dan belacan sehingga hancur dan betul-betul halus bersama 1 cawan air.
  2. Kemudian, campurkan kesemua bahan dan air 1 cawan kecuali tepung jagung.
  3. Masak sampai mendidih diatas dapur. Bila dah mendidih baru masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air.
  4. Masak semula sehingga kuah menjadi pekat. Bila dah masak sejukkan sementara sebelum digaul bersama buah-buah yang telah kita pilih. Antaranya seperti Nanas, timun, jambu air, jambu batu, sengkuang dan mangga.
  5. Akhir sekali, taburkan kacang tanah yang telah ditumbuk.
Baca juga :  Cara untuk membuat bersama video Ikan Merah masak Kengsom. Padu dah terbaik untuk santapan anda.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.