Resepi Kuih Nona Manis yang sangat padu. Setiap gigitan pasti membuat anda puas hati!

Santapan petang buat anak di asrama si “nona manis”. Resepi yang sangat sedap serta mudah disediakan.

Resepi nie saya ambil dari Page Resepi Sedap tapi saya taktau sapa pemilik asal resepi. Inilah resepi yang saya buat untuk menjual sebelum-sebelum nie. Semoga Allah murahkan rezeki beliau. Siapa-siapa yang hendak buat jual boleh cuba. Mudah je. Selamat mencuba.

Bahan Resepi nona manis:

(Adunan Hijau)

  • 1 cawan santan pekat.
  • 2 cawan santan cair.
  • 1 cawan air pati pandan.
  • 2 cawan setengah hingga 3 cawan tepung gandum (yang ni kena agak-agak sukatan).
  • Gula 3/4 cawan(kalau suka manis boleh tambah).
  • Secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau

P/s: Kalau sesiapa yang suka telur boleh masukkan sebiji telur.

Caranya membuatnya:

  • Satukan kesemua bahan hingga sebati. Kemudian tapis dan masak dengan api sederhana sehingga naik wap dan adunan tidak terlalu pekat. Sentiasa kacau ye. Isikan suku penuh dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak. Ketepikan buat seketika.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng Sira yang garing dan tahan lama tanpa lemau!

(Adunan Putih)

  • 3 cawan santan pekat.
  • 3 sudu besar tepung gandum.
  • 1/2 sudu teh garam.

Caranya membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan hingga sebati, kemudian tapiskan dan masak sehingga naik wap dan agak pekat (jangan sampai berketul). Gunakan api perlahan sahaja dan sentiasa kacau.
  2. Setelah suam masukkan ke dalam botol sos yang ada muncung.
  3. Paipkan adunan putih ditengah-tengah adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan dan siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aini Mohamad. Terima kasih ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.