Cara untuk membuat Sambal Tempoyak Goreng. Sekali colek pasti tak cukup!

Tempoyak goreng sebelum nie acik makan tempoyak mentah je. Bila balik rumah mentua ada plak lauk mcm nie. Macam pelikĀ  tapi bila dah try sedap sangat.

Pesanan ikhlas untuk korang yang nak cuba. Jangan makan dengan laki anda, takutt termakan 3 pinggan nasi pulak nanti. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Petai 2 papan.
  • Bawang merah dalam 4 hingga 5 ulas ditumbuk.
  • Cili api dalam 10 biji ditumbuk,
  • Ikan bilis dalam segenggam ditumbuk
  • Serai sebatang diketuk.
  • Tempoyak secukupnya.

Cara untuk membuatnya:

  1. Goreng petai dulu. Selepas tu masukkan bahan tumbuk.
  2. Bila dan naik bau masukkan pula tempoyak. Bubuh air sikit.
  3. kacau kacau dan kacau sehingga masak. Agak-agak dah kekuningan akibat digoreng tu kira dah masak la.
  4. Bolehlag dihidangkan dan siap untuk dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Tomato. Sedap dimakan bersama Ayam Masak Merah dan Acar Nanas!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tengku Yusrisna Ayud melalui Facebook Masak Apa Hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.