Tuna Thai Bread menu minum petang terbaik untuk anda sekeluarga. Jom cuba!

Siapa suka menu ni? Bagi yang pernah rasa mesti tau akan kesedapanya. Sedap sangat-sangat. Jom la kita cuba buat
TUNA THAI BREAD style saya. Doh dia boleh juga buat Pau Sambal/Burger Malaysia. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250gm tepung high protein. Kalau nak guna tepung gandum pun boleh.
  • 40gm gula halus.
  • 1 sudu kecil yis.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • Secubit garam.
  • 1 biji kuning telur.
  • 100ml air.
  • 30 gm marjerin. Saya guna shortening.
  • 1 biji telur – untuk sapu atas doh.
  • Bread crumb secukupnya.
Baca juga :  Resepi Lotus Biscoff Cheesecake yang Viral. Kesedapan terjamin

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1 tin tuna chili.
  • 1 sudu besar mayonis.
  • Salad/timun secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan dalam mixer atau bread maker jika ada dan uli sehingga sebati. Ulikan sehingga doh menjadi elastik.
  2. Bahagikan setiap doh 50gm dan bentukkan ianya menjadi bentuk bulat. Akan dapat dalam 10 hingga 11 biji. Perapkan hingga doh menjadi kembang dalam 30 hingga 40 minit lebih kurang. Bila dah kembang sapukan telur (guna brush) dan taburkan bread crumb atas doh tadi.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan. Bila dah siap goreng, belahkan 2 ditengah-tengah jangan sampai putus.
  4. Letakkan salad/timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup. Siap untuk dihidangkan. Kalau uli guna tangan, rendam dulu yis bersama gula dengan air suam sehingga yis kembang.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Sagu Merah

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.