Cara mudah untuk membuat Basque Burn Cheesecake dengan hanya mengguna Air Fryer sahaja!

Cara mudah untuk membuat Basque Burn Cheesecake dengan hanya mengguna Air Fryer sahaja! Sangat elok dan sedap kejadianya. Sekejap je habis. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Harry Ana ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500g cream cheese pada suhu bilik.
  • 150gm gula castor.
  • 4 biji telur.
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 300gm whipping cream.
  • 15gm tepung jagung.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Putarkan cream cheese dan gula castor sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu.
  3. Masukkan whipping cream dan putar hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan putar hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 15 minit sahaja. Dah siap.
Baca juga :  Resepi Mango Cheesecake

Dah dapat resepi ni jangan lupa share tau. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.