Cara untuk membuat Kuey Teow Sup yang padu seperti di Kopitiam. Memang terbaik!

Dah banyak kali menu ni dok melintas, tertelan air liur wei. Tengok resepinya senangnya lahai untuk dibuat. Ok la kita try la Menu Sihat dan sedap hari ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Zee. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 2 Labu Bawang Putih (dicincang).
  • 1 Cawan Minyak Masak.
  • 3 ketul Dada Ayam.
  • 2 Kuib Pati Ayam.
  • Kek Ikan dan Bebola Ikan.
  • Minyak Bijan.
  • Air untuk merebus.
  • Garam.
  • Kuey Teow (di cuci sekejap dengan air panas).
  • Sawi Pak Choy (di rebus) dan Cili Padi (di potong).
  • Kicap Manis/Masin.

Cara-cara untuk membuatya:

  1. Panaskan Minyak & goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.
  2. Kuey Teow di cuci & di bilas dengan air panas untuk membuang minyak yang melekat padanya.
  3. Masukkan Air & Ayam ke dalam periuk. Renehkan sehingga Ayam masak. Angkat Ayam sahaja & ketepikan. Masukkan Kek Ikan, Bebola Ikan & Kiub Pati Ayam ke dalam periuk tadi. Titiskan Minyak Bijan. Perasakan dengan Garam & biarkanya sehingga mendidih. Siap!
  4. Sementara itu Ayam yang di rebus tadi di carik-carik. Sediakan Cili potong ditambah Kicap sebagai penambah rasa & selera. Kalau ada Minyak bawang putih lagi power.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Padang yang pasti memukau selera anda.

Selamat Mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.