Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Tomyam Terpadu. Ikan Siakap pun sekarang dan murah. Cubalah!

Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai. Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.” Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur. Dah masak kena kemas pulak. Kan kan.. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah.

Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar. Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Hafiza Mohamad. Terima kasih.

Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah. Menu kenduri yang anda rindukan.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 4 batang serai dihiris, separuhnya disumbat kedalam ikan ya.
  • 1/2 inci lengkuas dan dihiris.
  • 4 ulas bawang putih dihiris.
  • 1 akar ketumbar diketuk.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Masukkan air kedalam periuk dan didihkan seperti gambar diatas. Air tu biar secukupnya ya. Kemudian, masukkan 2 sudu besar pes tomyam dan kacau hingga semua sebati. Tutup periuk dan renehkan selama 5 minit.

2. Gunakan pes jenama ni. Padu dan sedap sangat. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pun ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Saya guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.

Baca juga :  Cara membuat Ikan Siakap Stim Ala Thai

3. Bila tomyam kita dah mendidih, masukkan pu;a sayur seperti bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut dan cili. Renehkan lagi.

4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

5. Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar dan ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.