Cara untuk membuat sendiri Ikan Sardin yang sangat berbaloi untuk dicuba. Tak perlu was-was untuk memasaknya kemudian.

Pegi pasar nampak ikan sardin segar bugar. Geram tengok jadi merajinkan diri buat sardin. Jom buat sardin sendiri. Rasanya sama macam beli yang dalam tin tu malah lebih sedap dan jimat.

Boleh dipelbagaikan seperti dibuat inti karipap sardin,s ardin masak kari, sardin masak sambal, sardin masak kicap dan lain-lain lagi. Boleh makan sardin sampai lebam. Jangan mereput macam sardin sudah la ye. Cara uni telah dikongsikan oleh Puan Farah Kitchen. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 15 tangkai cili kering.
  • 3 biji Tomato.
  • 5 ulas Bawang besar.
  • 12 ulas Bawang putih.
  • 1 inci Halia.
  • 1/2 cawan minyak masak.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Bihun Goreng Siam

Bahan-bahan diatas kecuali minyak masak perlu dikisar halus ya.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Bersihkan ikan sardin yang dibeli tadi. Saya buang kepala dan ekor sebab tu ikan saya jadi kontot. Bersihkan perut ikan dan sisik kemudian ketepikan.

2. Masukkan minyak masak ke dalam pressure cooker.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi tanpa on apa-apa fungsi lagi.

4. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula mengikut manis yang anda suka. Kacau sebati kesemuanya.

5. Masukkan ikan dan kacau rata. Pastikan semua bercampur. Kemudian onkan pressure cooker anda mengikut tetapan pressure cooker masing-masing.

Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Ikan Bawal 3 Rasa

6. Tadaaaa siap dah. Tulang ikan pun dah reput. Bila dah sejuk. Bolehlah masukkan kedalam bekas kecil dan boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak masak baru keluarkan. Selamat mencuba semua.

2 thoughts on “Cara untuk membuat sendiri Ikan Sardin yang sangat berbaloi untuk dicuba. Tak perlu was-was untuk memasaknya kemudian.

    1. Saya tak ada preasure cooker boleh tak guna rice cooker dan bagaimana caranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.