Cicah dengan Sambal Kicap memang padu sangat la Buah Sukun Goreng Rangup ni!

Semalam dah sampai buah sukun beli dari shoppe. So hari ni buat makan petang sukun cicah sambal kicap. Berair hidung pedas berdesik tapi sedap! Nak resepi tepung krup krap dan sambal kicap? Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Buah Sukun.
  • Tepung beras secukupnya.
  • Sedikit air kapur.
  • Garam.
  • Telur sbiji.
  • Pewarna kuning.
  • Air Sejuk.

Cara membuatnya:

Bahan diatas tu agak-agak je. Jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang je ye. Campur semua bahan dalam mangkuk kemudian celupkan buah sukun yang telah dipotong dan gorengkan didalam minyak yang panas.

Bahan-bahan untuk membuat sambal kicap:

  • 10 biji cili api merah-goreng.
  • 5 biji cili besar-goreng.
  • 3 ulas bawang putih-goreng.
  • Jus limau nipis.
  • Kicap manis.
  • Kicap pekat.
  • Sedikit air umtuk blend.
Baca juga :  Resepi Begedil tak hancur bila digoreng. Mantap beb!

Cara-cara membuat sambal kicap:

  1. Selepas cili dan bawang putih digoreng, Blendkan semua bahan.
  2. Kemudian, tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Seterusnya, masak semula sekejap bahan yang telah diblend tadi bagi mendidih supaya sambal kicap tahan lebih lama.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.