Cara untuk membuat Sate Ikan atau Lokcing ni cicah dengan sos dia memang terbaik beb!

Ramai minta resepi kudapan yang mudah. OK ini kudapan yang hanya perlu 3 bahan asas sahaja. Cuma perlukan sedikit kerajinan. Hehe! Lokcing(Sate Ikan) by Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Bahan-bahan: (10 batang)

  • 300g isi ikan tenggiri.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • Garam mengikut citrasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Saya kaup isi ikan tenggiri dengan sudu untuk pisahkan dari kulit dan tulang. selain tenggiri boleh juga guna ikan sardin/selayang.
  2. Kisarkan isi ikan tadi guna ais supaya mudah lumat. Ais jangan terlampau banyak.
  3. Dah kisar lumat, campurkn dengan tepung jagung dan gaul rata. Kemudian uli sehingga jadi kental. Jangan lupa perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Ok dah boleh buat bebola. Saya guna pengaup aiskrim saiz kecil supaya kurang berkecah. Kaup terus masuk dalam air yang sedang mereneh untuk rebus bebola ikan tu. Bila dah timbul maksudnya dah masak. Angkat dan toskan airnya dengan penapis. Biar ianya sejuk sekejap.
  5. Kemudian kita goreng bebola tadi sampai kembang dan kekuningan. Ini proses nak dapatkan kulit lokcing yang lebih kental. Bila dah kuning boleh angkat. Bila dia dah sejuk dan lepas toskan minyak dia akan menjadi saiz yang asal semula dan kecut sedikit.
  6. Dah siap. Dah boleh makan dengan sos pencicah yang kita suka. Kalau nak buat bakar macam yang orang biasa jual tu pun boleh.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.