Cara untuk membuat Resepi Ayam Masak Sambal Bali. Rasa sekali pasti nak berkali-kali!

Tu dia “Ayam Masak Sambal Bali”. Sedap menjilat jari. Kami kongsikan Cara untuk membuat Resepi Ayam Masak Sambal Bali oleh Puan Liza Idris ini. Rasa sekali pasti nak berkali-kali! Selamat mencuba.

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci belacan.

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 ekor ayam.
  • 4 batang serai, diketuk.
  • 3 tangkai daun kari.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu sos cili.
  • 3 sudu besar kicap biasa.
  • 1 cawan air.
  • Gula dan garam secukup rasa.
  • 1/2 biji bawang holand dipotong bulat.

Cara-cara membuatnya:

  1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng separuh masak terlebih dulu. Angkat dan ketepikan.
  2. Cedok minyak yang sama dan tinggalkan sedikit dalam kuali. Tumis serai dan daun kari hingga naik bau dan garing. Bukan rentung ye.
  3. Masuk bahan dikisar. Tumis lama sehingga pecah minyak.
  4. Masuk cili kisar dan sos cili. Kacau sebati dan tumis lagi sampai pecah minyak juga. Letak kicap. Gaul mesra biar semua bahan sebati.
  5. Letak 1 cawan air. Saya guna air lebihan bawang dalam blender. Lebih umppp. Kacau dan kacau.
  6. Masuk gula dan garam secukup rasa. Kacau dan kacau.
  7. Masuk ayam goreng tadi. Kacau sebati biar aman sejahtera. Kacau lagi ayam bersama kuah sampai kuah pekat dan kering sedikit. Taburkan bawang holand.
  8. Siap! Makan dengan nasi panas-panas melecur lidah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pulut Dakap bersama Rendang Ayam yang super sedap!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.