Cara untuk membuat Gulai Pucuk Ubi Tempoyak Petai yang sangat padu rasanya!

Siapa peminat Pucuk Ubi Tempoyak Petai?? Jom kita cuba Cara untuk membuat Gulai Pucuk Ubi Tempoyak Petai yang sangat padu rasanya! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zuriani Zuhri. Terima kasih.

Bahan-Bahan yang diperlukan: Kena agak ye nak masak berapa banyak.

  • Pucuk ubi dan Petai secukupnya.
  • Tempoyak ikut kesukaan anda. Lagi banyak lagi sedap.
  • Serai 3 batang.
  • Cili padi mengikut kepedasan yang anda suka.
  • Santan sedikit.
  • Serbuk kunyit @ kunyit hidup.
  • Sedikit kerisik.
  • Garam dan bahan perasa.
  • Sedikit ikan bilis.
Baca juga :  Resepi Daging Masak Bawang Goreng yang super sedap. Lembut dan sesuai dimakan dengan apa sahaja!

Cara-cara memasaknya:

  1. Pucuk ubi dicelur terlebih dahulu untuk hilangkan rasa pahit.
  2. Blend cili padi, serbuk kunyit dengan ikan bilis dan sedikit air.
  3. Masukkan tempoyak dalam blender dan blend sehingga halus.
  4. Masukkan dalam kuali, masukkan semua bahan dengan santan. Kemudian, masak sehingga pucuk ubi lembut.
  5. Siap!!! Boleh dimakan dengan nasi panas2 dan juga ikan masin pun dah nikmatnya.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.