Cara dan Resepi Sate Minang. Kuah Lemak dia memang terbaik beb! Rasa sekali pasti nak berkali-kali punya.

Hari nih Uwan buat Satay Minang @ Satay Padang. Time lockdown nih. Apa kata korang try resepi-resepi yang korang dah peram bertahun-tahun tu.

Selalu kita nih sejenis yang suka mintak resepi. Salin resepi pastu peram tunggu menetas. Uwan cakap uwan la, bukan korang. Korang kan rajin-rajin. Resepi nih Uwan simpan dari tahun 2016. Huhu 2020 baru Uwan try buat ha. TQ pada yang empunya resepi. Uwan share ya. Moga pahalanya terus mengalir kerana sudi berkongsi resepi dengan kami.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • Lidi satey (rendam air dulu).
  • Nasi impit.
  • Daging Lembu 1/2 kilo (potong dadu).
  • Tepung beras 1 cawan (bancuh air).
  • Gula perang 1 cawan.
  • Garam secukup rasa.

Bahan dibawah ini perlu dikisar halus:

  • Bawang merah 10 biji.
  • Lada besar merah 5 tangkai.
  • Cili padi 5 tangkai.
  • Kunyit hidup 2 inci.
  • Lengkuas 1 inci.
  • Halia 2 inci.
  • Biji ketumbar 2 sudu besar.
  • Jintan manis 1 sudu kecil.
  • Jintan putih 1 sudu kecil.
Baca juga :  Cara untuk menyediakan perapan untuk masakan Kambing Grill yang padu dan menyelerakan!

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Campur daging dengan bahan kisar. Taruk air 1 mangku kemudian rebus daging sampai betul-betul empuk. Angkat daging tadi toskan airnya dan sejukkan. Air rebusan daging tadi jangan buang ya.
  2. Air rebusan daging tadi rebus balik. Letak gula dan garam serta tepung beras. Kacau je sampai jadi kuah pekat tapi jangan pekat sangat ya. Kuah ni rasanya manis-manis pedas. Jadi pandai-pandailan seimbangkan rasanya.
  3. Okey daging tadi potong kecil-kecil. Lepastu cucuk kat lidi. Bila semua dah abes cucuk taburkan gula sikit. Kemudian bolehlah dibakar.
  4. Atie bakar dekat kuali Ajaib je. Masa bakar tutup kuali ajaib tu ye. Renjis-renjiskan minyak masak. Ingat ye lidi rendam dulu supaya tak terbakar.
  5. Bila siap dibakar, satey tadi dah sedia untuk dihidangkan bersama nasi impit bersama kuah tadi. Taburkan bawang goreng untuk hiasan akhir. Siap. Selamat mencuba!!
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kuah Shellout Seafood Kam Heong yang sangat padu dan enak!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Uwan Nolly Epin. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.