Resepi Mee Rojak terlajak sedap. Padat dengan rasa kuah kacang yang padu!

Hai geng mak mak semua. Macam biasala setiap minggu mama sal akan kongsi resepi mudah dan sedap untuk korang semua cuba buat.

Mana tau kan kena dengan tekak anak anak atau family kita kan. Kalau nak bawa bekal anak anak ke sekolah pun sesuai gak ni. Kot la dah jemu makan nasi kan. Jom cekidot bahan bahan dan cara masak.

Resepi ini telah dikongsikan semula oleh Puan Saleha Maarof. Terima kasih.

Bahan-bahan kuah kacang:

  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Cili kering.
  • Udang kering.
  • Kacang tanah ½ kilo (sangai dan kisar).
  • Biskut Marie dalam 10 keping (kisar dan dibancuh).
  • Asam jawa.

Cara untuk memasaknya:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.
  2. Bila dah naik bau masukkan air asam jawa ye. Bila dah mendidih masukkan kacang yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut meri yg telah dibancuh. Masa masukkan biskut marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul Kacau sampai lah rasa dah tak berketul ketul ye.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang garing dan menasyikkan. Padu beb!

Bahan-bahan kuih rojak (cucur):

  • Tepung gandum.
  • Tepung goreng pisang adabi.
  • Daun kucai (kalau takde letak taugeh pun boleh).
  • Udang kertas.
  • Yis (ambil setengah yis dan bancuh dengan air ).

Cara untuk memasaknya:

  1. Macam saya sebab makan dalam hidangan yang kecil jadi sukatan tepung gandum tu saya sukat guna bekas taufu fa. Jadi ikut berapa banyak kita nak buatla ye.
  2. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.
  3. ½ yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.
  4. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu pekat. Sedang sedang saje ye. Bila dah siap bancuh dalam setengah jam tu boleh la goreng.

Bahan-bahan lain untuk campur dalam rojak:

  • Mee kuning.
  • Timun.
  • Tauge (letak boleh tak letak pun ok ).
  • Sengkuang.
  • Tauhu goreng.
  • Telur rebus.
  • Salad.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Rojak yang pekat dan terbaik. Mudah untuk disediakan!

Haa dah boleh la kita masukkan semua bahan bahan tadi dan boleh la di hidangkan. Gerenti la sedap. Sape penggemar mee rojak sini. Haa pasni boleh la try sendiri kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.