Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai

Dikongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Sotong masak Stim Limau Ala Thai. Hari-hari buat pun takpe. Mana yang tak lalu makan jadi lalu sebab terlalu sedap. Rasa pedas, masam dan manis semua ada. Sos dia boleh juga digunakan untuk Ikan Siakap Stim Limau.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ayadieeya melalui Facebooknya. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Sotong setengah kilo atau 1 kilo.
  • Cincang halus bawang putih dalam 7 – 8 ulas.
  • Cincang cili dalam 8 – 9 biji.
  • Asam limau nipis dalam 3 biji.
  • Daum ketumbar dipotong.
  • Kiub pati ayam 1/2 atau 1.
  • Kicap sotong 3 sudu besar.
  • Gula 2 sudu besar.
Baca juga :  Cara memasak Sotong Stim Limau

Cara untuk membuatnya:

  1. Kukus sotong dalam 7 minit, jangan letak air dan kukus sehingga masak kemudian angkat.  Air sotong tu dibuang.
  2. Lepas tu buat sos dia pulak. Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap.
  3. Boleh masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau tak cukup masam tambah limau nipis.
  4. Kalau tak masim boleh tambah kicap sotong. kalau tak cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, akhir sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. Siap dan boleh dihidangkan. Konfem senang dan sedap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sotong Kangkung berserta resepi sosnya yang memikat selera anda sekeluarga.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.