Cara untuk membuat Menu Sotong Masak Lemak Kuning.

Resepi di petang Khamis kembali lagi. Kali ni saya nak kongsikan resepi sotong masak lemak sempoi baqhang. Macam kuah ala lontong. Sedap ni tau. Jangan tak cuba pulak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hana A Razak. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 ekor sotong.
  • 1 peket tempe.
  • 2 batang serai.
  • *6 hingga 8 biji cili padi.
  • *2 biji bawang merah.
  • *2 biji bawang putih.
  • Sayur-sayuran yang anda suka seperti lobak merah dan kacang buncis.
  • Santan kotak.
  • Serbuk kunyit.
  • Garam.
  • Asam keping.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda *. Kemudian panaskan periuk dan masukkan serai yang telah dititikan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi iaitu Cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ada kunyit hidup kisar sekali. Saya guna serbuk kunyit saja.
  3. Masukkan air sikit sahaja kedalam periuk tadi, kita nak bagi bahan kisar tadi masak dulu sekejap. Jangan tumis ye. Masukkan serbuk kunyit bila cili dah masak.
  4. Kemudian, agak-agak pes dah kering sikit. Terus masukkan santan. Saya guna santan kotak saja.
  5. Masukkan air. kuah nak banyak mana ikut sukatan air yang anda kehendaki. Tak cukup santan tambah lagi okey.
  6. Masuk sekeping asam keping sebagai penyedap.Kalau rasa masam sangat, keluarkan balik nanti. Ikutlah korang nak letak ke tidokk.
  7. Bila kuah dah mendidih, masukkan carrot dulu. Ada sayuran keras lain korang nak taruk, haa letak saja. Kemudian masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasanya.
  8. Masukkan sotong. Sekejap saja okey, yang besar ni kalau lelama dia keras weh. Liat jadinya, tertanggal gigi palsu kalau makan.
  9. Masukkan tempe. Tak goreng pun. Korang nak goreng dulu pun boleh. Kata masak lemak sempoi kan.
  10. Last sekali masukkan kacang. Sayuran lembut masuk akhir sekali. Taknak sayur bonyok.
Baca juga :  Resepi Stok Pes Ikan Bakar Segera

Jadi, siap sudah Sotong Masak Lemak Kuning kita. Sedap eh. Pedas biasa biasa saja. Tak menyegit berapi mulut pun. Selamat memasak semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.