Cara untuk membuat Ketam Masak Blackpepper. Pedas-pedas manis yang sangat sedap!

Kalau melancong ke Sarawak, saya suka sangat makan ketam blackpaper dan cangkuk manis di sana. Orang sana masak ketam blackpaper memang sedap giler.

Ye la, sana kan famous dengan lada hitam yang menjadi salah satu sumber ekonomi negeri mereka. Kalau pergi sana, mesti nak borong banyak-banyak bawak balik Ipoh. Covid ni dah tak boleh nak ke sana, so kita bersilat sendiri kat dapur. Teringin punya pasal. Senang je nak masaknya, tapi selalu malas.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Yaya. Terima kasih.

Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna

Bahan-bahannya ialah:

  • 5 ekor ketam. Cuci & potong dua kalau besar.
  • 2 ulas bawang putih pecahkan atau ketuk.
  • Cili kering.
  • 1 inci halia diketuk dan pecahkan.
  • 1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar.
  • 2 sudu besar kicap masin.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu tepung jagung di bancuh dengan 1/4 cawan air.
  • Air secukupnya.
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara untu memasaknya:

  1. Mula-mula goreng ketam sehingga berubah warna (lebih kurang 3 minit) & toskan.
  2. Tumis bawang putih, halia & lada hitam sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang dipotong 3 bahagian. Masukkan semua kicap masin, kicap manis, sos tiram. Kacau sebati.
  3. Tambahkan 1 cawan air (untuk buat kuah, bergantung pada anda, kalau nak kering kurangkan air). Masak kuah sehingga mendidih, perisakan dengan perasa.
  4. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & ratakan kuah.
  5. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Reneh sebentar sebelum diangkat.
  6. Siap dihidangkan untuk makan bersama nasi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang Juicy di dalam serta rangup di luar.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.