Cara untuk membuat Ikan Masak Taucu yang mendapat pujian sedap sangat dari ramai yang telah mencuba.

Hari ni kalai nak share resepi ikan masak taucu ye. Style masyarakat cina. Kalai belajar dengan bapa mertua. Resepi kalau ni telah mendapat feedback yang sangat baik. Ramai yang suka dan sedap. Selamat mencuba ye semua. Simple and delicious.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Kicap manis ENAQ dan kicap pedas ENAQ.

Taucu secukupnya.

Ikan bawal 2 ekor.

Bawang besar 3 biji.

Cili merah 2 tangkai.

Tomato 1 biji.

Cili padi 3 tangkai.

1.  Ikan bawal dilumur dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan pepper kemudian digoreng sampai garing.

2. Kita goreng kilas bahan-bahan diatas dengan menumis dengan minyak yang agak sedikit. Tumis tu jangan sampai layu ye semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Istimewa Char Kuey Teow. Sedap sangat!

3. Bila dah kekuningan sedikit masukkan taucu dalam 3 sudu makan dan gaul sebati.

4. Masukkan kicap pedas dalam 3 sudu makan dan gaul sebati. Kalau nak pedas boleh tambah mengikut selera tapi jangan tambah banyak sangat ye. Nanti takde pulak rasa taucu tu. Time kalai belajar dengan bapa mertua, kena tumis cili padi sampai hilang bau dia. Ni dah ade kicap pedas enaq senang je. Sebab tu kalai tak tambah cili padi banyak tadi.

5. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat sedikit baru masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi. Gaulkan bersama kuah kicap taucu tadi ye. Gaul dengan cermat takut ikan hancur.

Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kuah Shellout Seafood Kam Heong yang sangat padu dan enak!

6. Ok dah siap. Boleh tabur daun ketumbar dan daun bawang. Makan dengan nasi putih mesti bertambah-tambah. Kalai tak masukkan garam or aji or gula. Nanti terlebih masin pulak sebab dah ade kicap dan taucu. Selamat mencuba ya semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.