Cara untuk membuat Kari Ikan yang pekat melekat. Rasanya pasti memikat anda sekeluarga!

Kali ini kami nak kongsikan resepi kesukaan rakyat Malaysia iaitu Kari. Kari ini tak kisah la kari ikan ke daging ke memang laku keras. Jadi kami kongsikan resepi yang diolah semula oleh Puan Hasifah Che Mat ini untuk anda semua cuba. Kata beliau;

Bila Encik Suami request nak makan Kari Ikan, rasa terus bersemangat nak masak sebab jarang kami makan kari kalau Encik Suami tak request. Terus buka group MAHN tengok resepi Kari Ikan resepi Pavitra versi Bos LiLy Wahab II. Bukan main lagi menambah-nambah mak abah bos makan ye. Kita pun nak try gak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang besar 1 biji – hiris nipis.
  • Bawang putih 1 labu hiris nipis.
  • Halia 2 inci tumbuk lumat.
  • Cili hijau 2 tangkai dikerat 2.
  • Biji sawi satu sudu besar / halba campur (biji sawi, halba dan jintan manis).
  • Daun Kari – 5/6 tangkai.
  • Tomato 3 biji – potong 4.
  • Bendi ikut kesukaan anda. Boleh juga ganti terung bulat.
  • Ikan jenahak/tenggiri/ikan merah/kembung pun boleh.
  • Serbuk kari Babas – 2 peket kecil.
  • Serbuk cili – 2-3 sudu besar atau kalau rajin bole blend cili kering campur belacan.
  • Air asam jawa – 1/2 cawan.
  • Santan 1 sudu kecik saja.
  • Air kosong.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pajeri Terung. Pembuka selera yang sangat power!

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dulu. Kemudian masukkan biji sawi dan sambung tumis selama seminit.
  2. Seterusnya, masukkan cili hijau. Tumis seminit.
  3. Kemudian masukkan halia. Tumis seminit.
  4. Kemudian masukkan daun kari, tumiskan seminit.
  5. Kemudian masukkan tomato. Tumis seminit.
  6. Kemudian masukkan terung. Tumis sampai masak.
  7. Masukkan air dan tunggu sampai gelegak masukkan air asam jawa. Kemudian, bila dah gelegak lagi masuk pula satu sudu kecil santan. Kacau bagi sebati dan biarkan mereneh selama seminit.
  8. Masukkan ikan dan bendi. Kacau sebati dan kecilkan api. Tutup periuk dalam 3 hingga 4 minit.
  9. Akhir sekali, masukkan gula, garam atau cukup rasa Maggi. Sesuaikan rasa dan kacau sebati. Api kecil je ye.
  10. Bila dah puas hati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Butter Lemon

Selamat mencuba. Memang tiru sebijik resepi Bos Lily. Sedap dan memang puas hati. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.