Cara untuk membuat Ayam Goreng Black Pepper yang membuka selera anda.

Kadang-kadang selalu masak pun ada juga time pending tak tahu nak masak menu apa lagi kan. Itu yang cheyah masak lauk simple ayam goreng blackpaper. Jom terjah cara masaknya.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 ketul paha ayam dibelah dua.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • 1/2 inci halia.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 1 sudu besar sos seafood adabi.
  • 1/2 biji bawang besar.
  • 1/2 batang lobak merah.
  • 6-7 batang kacang buncis.
  • Sedikit garam dan gula.

Langkah-langkah penyediaannya:

  1. Gaulkan ayam dengan garam kunyit dengan sos seafood. Lepas tu goreng sehingga ia separuh masak.
  2. Tumbukkan bawang putih, lada hitam dan halia. Tumbuk kasar sahaja. Tumiskan dalam minyak yang digoreng ayam tadi.
  3. Masukkan sos seafood dan kicap manis. Tambahkan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan bahan hiasan dan ayam goreng. Kacau sebati, kecilkan api dan tutup seketika.
  5. Bila dah nampak air sedikit kering dan kacau sedikit. Dah siap!
Baca juga :  Resepi Begedil tak hancur bila digoreng. Mantap beb!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.