Cara untuk membuat Cucur Udang padu yang tak serap minyak. Sedap dan rangup!

Cara untuk membuat Cucur Udang padu yang tak serap minyak. Sedap geng! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tyra Manan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung gandum 1/2 kg.
  • Tepung beras – 2 sudu teh.
  • Bawang besar – 1 labu dipotong dadu.
  • Telur – 2 biji.
  • Taugeh – 1 cawan.
  • Kucai secukupnya.
  • Udang kertas dikopek kulit.
  • Udang biasa untuk hiasan atas.
  • Air – 3 Cawan.
  • Garam – Secukup rasa.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
  2. Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau. Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng nanti.
Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Goreng Nestum yang sangat sedap dan rangup.

Cara-cara untuk menggoreng:

  1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
  2. Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
  3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
  4. Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas tu, guna senduk lain untuk letak atas dia.

Bahan-bahan untuk buat sos pencicah:

  • Cili masak, Bawang putih, Gula, Garam, Cuka dan Sos cili.
  • Sedikit Tepung jagung dibancuh dengan air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Tomyam Nenas / Nanas yang padu, terbaik dan pasti puas hati.

Cara membuatnya:

  1. Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka.
  2. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.

Selamat mencuba! Jangan lupa kredit Tyra okies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.