Cara dan Tips untuk buat jemput-jemput Ikan Bilis yang paling lembut dan gebu!

Bagi yang dok suka rasa jemput yang lembut sebab yis atau soda, boleh try resepi mok mertua mokcik ni. Lembutnya hanya guna air panas. Dan rasa dok mudoh muak macam jemput yis dan soda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Husna Mohamed Daud. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 kg gandum.
  • 1 cawan ikan bilis. Blend dengan air.
  • 1/2 senduk gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu besar perisa maggi cukup rasa.
  • Air panas secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan dan masukkan air panas, kacau hati-hati tu. Jemput ni biar dia ada rasa manis sikit, masin sikit kira jadilah tu.
  2. Sebelum satukan bahan-bahan tu panaskan dulu minyak.
  3. Goreng dengan api sederhana kuat, nak api kuat pun boleh. Kalau nak rangup, lama sikit la goreng. Bila dah siap goreng boleh la dicicah dengan sos kegemaran anda.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Pulao bersama beras Basmathi. Sedap dan menyelerakan.

Jom pakat cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.