Resepi Sup Tulang Adabi yang sedap dan ringkas

Sebelum cheyah keluar cod pekasam harini. Kita masak siap-siap senang balik lewat pun makanan dah siap. Ready to eat terus.

Harini masak sup tulang daging style cheyah menggunakan rempah sup siam dan sup tulang Adabi Consumer. Memang confirm sedap makan harini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg Tulang daging lembu.
  • 1 peket sup siam Adabi.
  • 1 peket sup tulang Adabi.
  • 2 biji bawang merah dimayang.
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 1 inci halia ditumbuk.
  • 2 inci lengkuas diketuk.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Daun sup penambah aroma kita.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Menu pasti tambah nasi ni tau!

Cara penyediaannya:

  1. Rebus tulang sehingga empuk. Lebih kurang dalam 40 minit guna api yang sederhana sahaja. Air cheyah guna 1 liter.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan bwang merh yang dimayang. Goreng sehingga ia garing dan kekuningan.
  3. Masukkan bahan tumis ke dalam sup tadi. Tambahkan sup siam dan rempah sup tulang. Boleh masukkan bahan perasa iaitu garam dan gula. Jangan lupa campak lengkuas. Lupa dalam video takde.
  4. Renehkn seketika bagi sebati dan dah siap untuk dimakan. Nak aroma sekali tambah daun sup dan nak pedas boleh tambah cili padi.
Baca juga :  Resepi Mudah Untuk Membuat Garlic Bread, Croutons dan Sup Cendawan berkrim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.