Cara untuk membuat Cili Jeruk yang rangup dan penambah rasa terbaik untuk makanan anda.

Kejadian petang ini. Buat stok cili padi jeruk yang sudah kehabisan di rumah. Tq yang empunya resepi. Memang tahan lama dan rangup krup krap krup krap kejadiannya. Resepinya ada saya sertakan pada setiap gambar di bawah. Terima kasih kepada Wan Sabariyah Wan Arit.

1. Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera beliau untuk memetik cili padi. Kikiki.

2. Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.

3. Rendam sebentar dengan air kapur ya. Saya rendam dalam 30 minit. Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya ya. Kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi ya.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Jeruk Mangga Epal yang rangup dan sedap



4. Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.

5. Toskan cili dan ketepikan seketika.

6. Didihkan air, cuka (saya guna cuka seperti dalam gambar ni), gula dan garam. Sejukkan sebentar. Kena didihkan atau masak dulu cuka dan air ni ya untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat. Saya pakai agak-agak je sukatan. Tapi kalau sukatan lebih kurang 1/2 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/2 sudu gula, 1/2 sudu garam.



7. Masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la di simpan dalam freezer. Esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng, bihun goreng dan macam-macam lagi. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh. Pembuka selera yang paling power!

2 thoughts on “Cara untuk membuat Cili Jeruk yang rangup dan penambah rasa terbaik untuk makanan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.